rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Dah dapat kunci rumah??!!! Tolong!!!


Stress..gembira...pening...ahhh..semua ada sebab masa pagi 11 Mei 2013 call pemaju kata dah leh ambik kunci... tolongg.. tak ready lagi..heee.. Siti mintak coki call pemaju tu sebab nampak rumah memang dah siap. tp tak dek kabar berita. call tu saje nak tau supaya leh la buat perancangan mungkin 2-3 bulan lagi dah leh masuk. so, leh prepare ape yang patut. SEKALI pemaju kata dah boleh ambik kunci. surat dia baru hantar 7 mei aritu suruh ambik kunci. TERKEJUT ok...tak bersedia!

So, kitaorg gi amik kunci dan kena bayar lagi baki caj-caj perkhidmatan dalam RM700 lebih.. melayang lagi duit.... semua nak kena pakai duit...duit..duit..duit..

Ok. bye!!
Apa cerita 2013

Apa nak cerita eh.. dah masuk bulan 5 2013 tapi apa pun tak update.. heee... 

Yusuf - tahun ni dia nak masuk 3 tahun. masih pakai pampers lagi. tak tau la bila boleh tak pakai. dah pandai bgtau kalo nk buang tp still pakai lg sbb malas nak train.

yusuf dah kurang sakit. kalau dulu setiap kali dia kena selsema wajib kena astma dan ambik nebulizer. tp sekarang dia dah leh survive. alhamdulillah..

yusuf sangat suka tgk cerita ultraman. tp lepas dia tgk dia akan jadi ganas sbb dia tiru apa yg ultraman tu buat. habis bebudak kat pengasuh tu kena. mama dan abah pun kena pukul tau. So, kitaorg HARAMKAN dia tgk cerita tu. dia nangis kejap je. tp lepas dah lama dia tak tgk, dia dah jadi normal semula. dah kurang agresif memukul. Jadi kepada parents diluar sana sila pantau apa yang anak kita tengok kat tv k. 

Ada 3 cerita yang selalu dia tengok kat astro pvr - Ayam (Chicken Little)
                                                                          - Car
                                                                          - Toy Story (Kuda)
Hari-hari mama kena tengok cerita ni dari balik keje sampai tutup mata.

budak ni banyak ckp. tp kadang2 merepek jek. kalau suruh solat pun dia bg alasan ucup nk tido la, nak main game la.. mcm2.. ha..lg satu dia ni hantu tab. tab tu bli mcm mmg bli untuk dia jek. terer gler main game. kalah mama.

lg satu yusuf sgt takut kalo hujan ada bunyi guruh..ish2...

Umar - dia dah 6 bulan. baru je kena demam campak haritu. rasanya bulan 4 dan 5 ni adalah bulan sakit untuk umar. demam, selsema dan batuk. 4 hari sebelum tau umar kena campak, dia demam panas. suhu badan sentiasa 38 darjah celcius ke atas. dia sampai biru dan menggigil sebab sejuk sgt. kesian sgt tgk dia. asyik menangis terutama waktu malam. bila gi klinik, doktor cek paru2 dia banyak kahak n susah nak bernafas. sebab tu dia tak nak minum susu n mengamuk kalau baring. So, doktor suruh amik nebulizer. Pagi sekali, mlm sekali. hari ke-4 demam panas barula nmpak keluar bintik2 merah kat muka dia. dmm panas pun dah kebah. dia dah tak mengamuk lagi. selsema masih ada tp tak banyak sgt.

tp tetiba masa hari jumaat 3 mei, selsema dia tetibe dtg balik. hingus meleleh. mlm tu dia mengamuk lg. nangis tak berenti. susu tak nak, baring tak nak. kitaorg suspek dia tak leh nafas. bertahan je la mata ni menjaga dia. esok mlm pun sama. dia nangis lagi. kitaorg dah kesian tgk dia, bwk la gi klinik pukul 12 tghmlm amik nebulizer. balik tu pun dia x lena sgt tidur. Pagi hari mengundi tu awal2 pagi sebelum kul 8 kitaorg dah gi Hospital An-Nur sbb umar masih meragam lg. asyik menangis. Kami ni jgn ckp la letihnya mcmna menjaga budak yg tak leh tidur ni. Kat hospital ni TAK DER ORANG! heaven..ada pun cume 2-3 org jek. jadi tak la lama menunggu. ni semua gara2 org ramai kat tmpt mengundi..kami bgtau doc tu dia ni selsema dah 3 minggu tak baik2.. doc tu tanya ada sesiape ke asma dlm keluarga ni. ct pun ckp la ct ada. tp bila dah besar hilang. sbenarnya hilang lepas ct berurut dgn sorang makcik tukang urut waktu drjh 5 dulu (dengan izin Allah jua). tp sayangnya makcik tu dah meninggal. eh..melencong lak citer.. sambung balik.. doc tu kata maybe umar ni selsema sebab alahan. dia mungkin sensitif kepada apa-apa cth habuk dan sbgnya.. so, doc tu bagi ubat alahan. ALHAMDULILLAH lepas makn ubat tu 2 kali je selsema hilang sama sekali. magik. padahal sebelum tu mkn ubat selsema pun x jalan. Pengajaran: kita sbg ibu bapa kena sentiasa berusaha cari ubat yang sesuai untuk anak. duit jgn ckp la. mmg banyak habis sebab byk gi klinik. mula2 tak nak bg ubat kat baby tp sebab tgk dah parah sgt tu yg bagi jugak. mana tak nya siang mlm nangis tak berenti. kesian betul tgk dia. sampai berat badan pun turun.

umar dah makan. dia makan bubur nasi 3 kali sehari. kalo tak dpat, dia akan mengamuk. lapar. kalo pepagi terbangun lambat tak sempat buat bubur, terpaksa la dia mkn cerelac je.tp pengasuh kata dia mcm meragam mungkin sbb tak kenyang.

umar masih lagi baru pandai meniarap n merayap sejak dari 2 bulan sampai sekarang. belum pandai duduk n merangkak lagi. umar ni pendiam tp sgt murah senyuman... :)

Penyusuan - umar masih lagi diberi susu ibu secara esklusif (ye ker??? sbb time emergency bagi jgk susu formula. hehehehhe..) kira ct dah berjaya la dapat diploma sbb masih menyusukan umar sehingga 6 bulan. akan berusaha lagi untuk bagi dia susu ibu sampai setahun. lepas setahun, harap kuat lagi semangat nak bagi sampai setahun setengah lepas tu 2 tahun lak.. target tak leh melambung sgt. wat target sikit2 dulu. yg penting kena sentiasa motivasi diri sendiri. bukan sng nak pam ni. byk guna masa bekerja. tambahan pulak kalau kena kerja luar.Kelam kabut dibuatnya.

Ct guna pam avent manual dari lepas bersalin sampai umar 6 bulan. Ok la pam ni. byk jgk susu dapat dalam masa yang singkat. Cuma disebabkan dia ada bunyi setiap kali pam ditarik, pastu makin menjadi-jadi lak bunyi dia sekarang. kwn ct kalau masuk surau, dia dah boleh tau yg tgh pam tu ct sbb bunyi "quek2x". Mcm bunyi itik. heheheh..

So, bertambah berkobar la semngat nak bli pam elektrik lak. Sbb utama nak bli sbb ct kan kdg2 kena mengajar sistem kat agensi lain. jadi kalo pam tu berbunyi, malu la i... lgpun nak bagi reward kat diri sendiri sbb dah berjaya melepasi target 6 bulan. baru la konfiden nak bli benda mahal untuk pelaburan.

Ct suruh husband google pasal medela swing sbb dok berkenan tgk kwn pakai dia punya motor tu kecik jek n tak bisingh. sesuai utk travel mcm ct. tp husband terjumpe pulak pasal medela swing maxi. lg berbaloi sbb dia double pumping. harga pun tak mahal sgt mcm freestyle. lgpun tgh promotion sbb model baru. harga lebih kurang ngan medela swing.

28 April ct bli medela swing maxi tu secara COD sbb takot nak bli pos. takot brg x sampai atau kena tipu. nasib baik org tu dok dekat jek area umah. harga dia RM899. Kalo kat kedai tak dapat harga ni sbb dia jual pakej sekali beg. Harga RM1400++. Jauh gler beza harga. setakat beg ct dah ada. Dealer ni bli direct dari luar negara. Tu harga murah.

Kepada sesiapa yang nak jadikan medela swing kepada medela swing maxi, ct nasihatkan better jangan. sbb ct try hidupkan motor swing maxi dengan plug swing, tak hidup motor tu. maknanya voltan motor swing maxi tu guna kuasa lg kuat. jadi kalo yg swing dia doublekan pump tu takot motor tu cepat rosak sbb sentiasa kena bekerja dlm kuasa maksimum. Ni, dealer tu yg ckp. Jom tgk gambar medela swing maxi. Ambik dari tenet jek malas nak tgkap gambar.


Ok. lagi satu saje nak kongsi info, manala tau ada org google leh ker bawak susu ebm naik flight. Jawapannya, boleh. tak de masalah kalau setakat flight domestik. setakat dalam negara tak jadi masalah. ct naik MAS. kalau AIR ASIA tak tau la. Kalau flight antarabangsa maybe susah sikit.

Rumah - rumah yg kami beli tahun lepas mcm dah siap. tp maybe ada sikit2 lagi kot belum siap. tak telefon lg pemaju bila leh duduk rumah tu. Rumah ni jenis berkembar dengan keluasan 40x80. Ini kira rumah idaman siti la. siti yang beria nak beli. nasib baik la shauqi pun nak jugak. Kenapa ct suka rumah ni. Sbb yg penting rumah ni SETINGKAT. heheheh.. ct malas nak rumah dua tingkat. pastu keluasan dia pon besar sikit. Masa nak bli rumah ni siap wat solat istikarah ke solat hajat. Kalo Allah permudahkan semua urusan maka baik la ia untuk kami. tp kalo tak dapat/loan tak lulus, kira bukan rezeki la. tp alhamdulillah semuanya dipermudahkan dengan peristiwa yg secara kebetulan dan duit booking tu ada..harga booking rumah ni RM5K. Terima kasih ALLAH atas harta pinjaman ini. harap2 mampu la nak membayornyer tetiap bulan. aminnn ;)



...Selamat Tinggal 2012...

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara..

Sekarang ni kami dah ada 2 cahaya mata!!! Yg pertama diberi nama Muhammad Yusuf, yang kedua Muhammad Umar (yg memakmurkan).. Tentu korang tau kan siapa Yusuf dan siapa Umar.. Yusuf sempena nama Nabi Yusuf dengan harapan anak kami secantik nabi Yusuf dan Umar sempena khalifah islam yg kedua dengan harapan dia menjadi berani dan sehebat Khalifah Umar.. Insyaallah...

Post yang terakhir Umar baru 6 minggu dlm kandungan. Tapi hari ni Umar dah pun 2 bulan lahir ke dunia yang indah ciptaan Ilahi.. Sekarang ni dah pandai memberi respon bila kita berbual dengan dia.. Sangat suka!!! Untuk anak yg kedua ni masa mengandunglah yang paling seksa coz kena morning sickness yg sgt teruk hampir 6 bulan setiap hari.. tapi bersalin dan berpantang ok. Alhamdulillah tak de masalah mcm yusuf dulu.. Pengalaman bersalinkan Umar lain entry la.. malas nak citer hari ni.. Bagi ct jaga umar lagi senang dari jaga yusuf dulu.. Tak banyak ragam..Syukur Ya Allah atas anugerah Mu...

Tahun ni 2 perkara besar yang kami dah perolehi:

1) Memang target tahun ni nak beli rumah.. Alhamdulillah Allah pertemukan dan permudahkan segala urusan jual beli tu walaupun ada juga dugaannya.. Nasib baik dah beli sbb harga rumah makin melambung naik. Harga semua nak 1/2 juta kalau kawasan yang agak strategik. Kalau kawasan strategik lagi la sejuta ke atas terus!

2) Lahirnya seorang lagi khalifah di muka bumi diberi nama Muhammad Umar . (Tak de dlm list target tahun ni tapi rezeki Allah tu jgn ditolak. DIA yang lebih mengetahui)

Shauqi pun dah keje tempat lain.Rezeki Umar... Tapi sebelum dia dapat keje ni ada dugaan yang tak disangka..Tapi malas nak citer..heee ;).. semua malas..sbb tak de masa nak taip.


Yusuf bakal jadi abang???

Macam tak percaya n tak sangka, saya dah sebulan mengandung dan yusuf bakal jadi abang!! Sekarang ni dah 6 minggu.Alhamdulillah.. walaupun hakikatnya tiada dalam perancangan tahun ni. hee.. Kali ni memang teruk sangat-sangat mabuk. Tak tahan betul. Asal pukul 4.30 petang mesti dah start mcm cacing kepanasan sbb tak tahan loya n rasa tak selesa. Asyik nak muntah jer.. Ya Allah.. berilah aku kekuatan..

Itu saje sekian..

Hai

Hai semua...

Dah lama tak update citer pasal anak kami kan.. Muhammad Yusuf.. si comel mama..
Rindu la kat dia.. rindu kat gelak tawa dia yg makin nakal tu.. gelak mcm org besar.. heheh..heheheh.. so cute!

Sekarang ni umur dia dah 1 tahun 2 bulan.. Masa birthday dia aritu just buat birthday party sesama family jer. Jemput mak mentua kajang n kakak ipar putrajaya jer.. Just simple party. Beli kek coklat kat Baker's Cottage, kuih-muih, nuget, nasi arab, satay. Banyak la jugak yusuf dapat birthday present. Antaranya, baju, mainan dan yang paling besar sekali hadiah daripada atuk n nenek dia. Basikal moden (ye ker??) ntah pe nama kenderaan tu, yg penting ada 4 roda. Happy Birthday My Dear Muhammad Yusuf. We love u soooo much!!

Yusuf sekarang dah ada 4 gigi atas n 2 gigi bawah.. dia x pandai jalan lagi. tapi menapak 2 - 3 langkah tu dah boleh. berdiri pun boleh.. panjat memang advance la.. rumah sekarang ni dah start besepah sbb dia suka main hiasan2 dlm umah. habis semua rosak. ish2..

Tetiap bulan yusuf mesti sakit. Demam, selsema n batuk.. ni pun baru je baik.. Jadi kami tekad untuk akikahkan yusuf dengan 2 bahagian lembu dengan RM460. Kami ambil akikah di Kemboja masa raya haji nanti. Lebih murah berbanding kat sini. Just bayar duit untuk 2 bahagian lembu tu je la.. Yg lain org tu settle kan.. Bukan per, shauqi kata dia penah dengar ceramah agama kata kalo anak kita selalu sakit, mungkin sebab dia tak akikah lagi. Siti pun tak tau apa kaitannya sebab dah luper citer penuhnya. Lagipun bukan x mampu, daripada duit tu abis kat tempat lain, baik akikah yusuf.. lebih afdal dan berkat sikit duit tu.. insyaallah.. Hopefully lepas ni yusuf boleh membesar dengan sihat dan kuat!

Lagi satu perkara yang mengejutkan mama n abah iailah anak mama comel ni dah pandai solat. Syukur.. Moga jadi anak yang soleh bila dah besar ye sayang.. Bulan oktober aritu lepas abah dia solat, masa tu mama n abah sebut Allah hu akbar terus je si yusuf ni cium lantai. Kami pelik jugak apa lah yg dia buat tu.. Pastu kami sebut lagi, dia cium lantai lagi.. Rupa-rupanya dia sujud.. Pandainya anak mama... Comel sgt! Siap kami ambil video.. Mungkin sebab dia selalu tengok mama n abah dia solat pastu dia ikut.. Maknanya anak-anak ni membesar dengan apa yang selalu dia tengok depan mata.. Jadi kalau nak anak yg baik, kita mesti tunjuk contoh yang baik.. Lagi satu dia dah paham apa yg kita cakap, contohnya, bila siti nak solat, siti akan pegang muka dia dan pandang mata dia sambil pesan, yusuf..mama nak solat, jangan kacau mama ye.. Alhamdulillah.. memang dia tak kacau sampai siti abis solat.. Dia duduk je kat tepi tu.. Sebelum ni, panjat sana sini.. Susah betul..

Dalam banyak2 mainan, yusuf paling suka buku.. So, kalau balik kg, memang x bawak mainan lain kecuali buku.. Hari2 siti ajar dia abc n 123 n alif ba ta bila time free2.. Dia leh mengadap buku tu dlm 1 jam la.. kdg2 asyik nak suruh baca buku tu. bebuih la mulut bacakan untuk dia.. kalo tak layan nanti dia mengamuk..ish2.. Dia dah boleh la sebut abcde, itupun ikut mood dia.. Kalo jejalan nampak sign board besar2 tu dia akan sebut C. hihi.. Kalo bukak buku jawi dia sebut TA. hihi.. ingat konsonen yg ke-3 je.. Ada satu masa tu dia suka sgt dgn buku buah-buahan..muka surat yg sama lak tuh.. bosan mama kene baca untuk dia.. Masa balik kg aritu dia nampak buku terus dia sebut "bOOk". sepatutnya kita sebut "Buuk" walaupun ejaan "BOOK". Baku betul.. kelakar bila dengar.hahah... yusuf..yusuf..

Ok la.. dah panjang ni.. nanti kiter citer lagi eh..

yusuf dah 10 bulan

yusuf dah 10 bulan sekarang, dan berat dia 10kg.. mcm2 perangai dah dia.. kalo x dpt apa yg dia nak mesti mengamuk..tp jap je la..

Yusuf dah pandai tepuk tangan, kalo nyanyi lagu amai2, pandai genggam tangan kalo nyanyi cak ce ko, byk main, kalo org makan sibuk jer, selagi tak dapat makan asyik panggil mama..mama..mama..

Xpandai merangkak lagi, meniarap je laju.. tp dah start angkat2 badan n punggung.. berat kot badan dia sbb tu lambat..

Suka panjat badan org bila org tu baring.. Fuh.. sakit.. lasak betul anak mama nih.. Pastu peramah..suka budak2.. suka senyum...walaupun x de gigi lagi.. bila la nak kuar gigi tu...

..2nd anniversary..

Alhamdulillah dah dua tahun kami bergelar suami isteri.. syukur padaMu Ya Allah.. tahun ni sambut anniversary dengan kehadiran org baru.. yusuf sayang..tahun lepas pun sambut ngan dia, tp dlm perut..

Tahun ni husband bawak jalan2 kat Cameron Hinglands n Ipoh.. Bukan nak mengata eh, tp tu la hakikatnya.. kat Ipoh tak byk tempat yg menarik tp saje jalan2 nak jelajah semua negeri kat Malaysia nih.. Tapi first time ct naik bot kat Gunung Lang tuh.. tempat tu kecik je tp ok la untuk trip yg singkat.

Jalan2 kat cameron best!!!