twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yusuf 3 Bulan : 6.7kg, 2 Bulan : 5.2kg

Yusuf sekarang (3 bulan) dah pandai:

1) Tengok TV. Kadang2 bila tgk tv gelak sorang2 sbb ingat org dlm tv tu agah dia.. haha..lawak2
2) Suka org borak2 ngan dia, pastu dia pon ckp bahasa dia
3) Pandai senyum n ketawa(kdg2 siap kuar suara)
4) Pandai main permainan. Semua nak masuk mulut(dah byk mainan dia tp masih belum jumpe yg betul2 sesuai)
5) Pandai makan tgn sendiri.(bukan hisap jari. tp hisap tgn mcm nk mkn)
6) Pandai beralih tempat.
7) Paling suka: BERDIRI!! penat tu nak kene pegang je. Semalam dia dah pandai gerakkan kaki mcm berjalan sbb selalu latihkan dia..hehe
8) Suka jalan2 tgk permandangan.
9) Suka naik keta, kalo keta benti dia akan gelisah. (So, kene langgar semua lampu isyarat merah dan kalo kene saman, yusuf bayar eh..hehe)
10) Suka mandi n mengamuk kalo x tukar pampers dia..trauma kot.heheheh:P

ok la.. nak makan tghari ni. lain kali ct citer pasal pgalaman yusuf demam lak.. bye2!!!

Pengalaman Selepas Melahirkan

Setelah sekian lama dah x update, harini saje nak isi masa sikit dgn update blog. Boring la dok ofis sorang2..kawan2 lain gi genting mengajar..post kali ni ct nak sambung citer pgalaman lps bersalin pulak k..jom baca!

Ikutkan hati malas sbenarnya nak update, tp kuatkan smgt gak dgn harapan suatu hari nanti bila Yusuf dah besar, yusuf boleh baca blog ni.. supaya anak mama tau betapa besarnya pengorbanan seorang ibu tu.. mama sayang yusuf sgt2!

20/08/2010 - Pagi

Lepas dah selesai semuanya. Ct dan baby dihantar semula ke wad. Pagi2 tu semua kawan satu bilik terkejut ct dah bersalin coz diaorg x tau and tak dengar pe2 pon malam tu.. diorg ckp muka yusuf mcm cina..:) ikut mama ngan abah dia kot. tp abah dia selalu ngaku ikut dia. betolla tu kot.. seronok sgt dh ada bb. ingatkan dah boleh kuar haritu jgk. tp Dr. bgtau kene tahan hospital 2 hari. Maknanya sampai hari ahad la. Ya Allah dugaanya.. mana tak nya, 2 hari tu kene jaga yusuf sorang2. sedangkan badan masih lemah, jahitan sakit. kalo bangun, darah turun mencurah2 sampai nak pitam. Kene tahan tu sbb Dr. nak cek bb tu takot kene infection sbb ct kuar air ketuban lebih dari 18 jam baru lahirkan anak. Nak kene jaga bb satu hal. Lg satu mcmna nak bg susu?. Susu bdn tak de lagi. Rasa stress sgt dok 2 hari kat hospital nih. Masa mula2 baru pas bersalin tu sampaikan berdoa supaya bb tu tdo je. Kalo bb bangun just bg air zamzam jer.. sian sgt. Sampaila malam tu ct berdoa supaya Allah bg ct ada susu bdn. Kalo yusuf bangun nangis nak susu, ct bg je. dengan harapan boleh bg rangsangan susu tu kuar. Nsb baik yusuf rajin. Dia nak je.

21/08/2010

Alhamdulillah susu badan dah byk kuar. Lega

22/08/2010

Tghari dah leh kuar. yeay!!! terus balik kuantan.

24/08/2010

Nurse dtg melawat. bila cek bb, nurse kata kene gi klinik cek bacaan demam kuning coz our bb nampak kuning kat mata dia. Siti diuji lagi..dahla coki x de, badan lak masih lemah.hati rungsing..maka terus la gi klinik, bacaan kuning 234. Dr kata esok dtg lagi coz kalo bacaan 235 kene gi Hospital masuk wad. risau sgt2 masa nih.

25/08/2010

Dlm kul 2pm gi klinik lagi cek bacaan. then dpt tau bacaan dia 236 kot. Ingatkan kurang, rupanya naik wlpn dah bg ubat mcm2. lagi la risau..Dr suruh gi Hospital haritu jugak coz demam kuning ni kalo naik sekejap jer. Malam tuh pas magrib terus masuk wad kat Hospital Ampuan Afzan. sgt2 penat sbb baru kuar hospital kene masuk lagi. semalaman x tdo jaga Yusuf. dia kene tdo bawah lampu.. sebak sgt masa nih coz 2 tgn n 2 kaki dia kene cucuk amik darah..dia nangis sekuat2 hati..sgt sedih!!!!!!!!!!!!!!!!!!! memang jaga betul2 bg dia tdo sbb nak yusuf cepat baik n boleh kuar hospital esok.. mama dah x larat sgt.. nasib baik la yusuf tdo lena jugak. so cepat la turun bacaan kuning dia. Dr. bgtau dah turun dari 310 ke 234 kalo x silap. banyak jgk turun. Org kata kalo 350 kene tukar darah. tp alhamdulillah ct cepat2 gi hospital. terkejut masa tau bacaan 310 tu sbb ptg tu baru 236 je. Ya Allah syukur sgt dah turun byk n leh balik umah. Masa kat wad tu, ct dapat pengalaman baru tgk bayi2 yang tak cukup bulan.. Kesian sgt.. syukur yusuf cukup bulan..

Lepas kuar dari hospital, lega sgt. Tapi ada satu hari tu yusuf kene ruam lampin. Merah sgt kulit dia. Mungkin salah ct jugak tak cepat2 tukar pampers dia lepas dia poo-poo.. Dia asyik nangis je.. setiap kali tukar lampin dia nangis jerit kuat2.. mesti sakit sgt.. kesian sgt kat dia.. maafkan mama yusuf...mama x jaga yusuf elok2.. ct takot sgt masa nih coz dia asyik nangis. bg minum pon x nak. nangis. sampai ct pon menangis same coz dah x tau nak buat apa. nsb kakak ada, dia tolong ajar n tgkkan yusuf.. masa ni mak ct x de. die kene gi johor ada urusan. mlm tu jgk coki balik kuantan. sedangkan semalamnya coki pas keje terus balik kuantan n pagi tu patah balik gi kl semata-mata nak bagi ubat. Kuantan - KL tu dah mcm just gi keje balik rumah je.. Memang kesian sgt ngan coki. Smpai ngantok2 bwk keta. Kira hari2 balik la masa tu KL-Kuantan. Duit tak payah ckp la, laju mcm air masa baru2 yusuf lahir. tu belum keperluan yang lain2.. Kali ni ct tekad ikut coki balik kajang. Kitaorg btolak kul 4 pagi. Ct rasa susah n x de kekuatan kalau bjauhan ngan coki. Lg saat2 getir yusuf sakit ni. Lgpun dah nak raya lusa. Kbetulan memang giliran raya tahun ni kat kajang. So, balik je la..

Masa hari raya pertama tu, wlpn dlm pantang hari ke 20 lebih kot.. still leh pergi beraya lagi. sungguh x patot! heheh.. kbetulan gi umah sedara coki ni bgtau la yusuf kene ruam lampin. then dia suggest letak tepung ubi kayu jer. Kitaorg pon try la letak, akhirnya alhamdulillah sembuh dlm 3-5 hari pas tu..Padahal sebelum tu dah bg mcm2 ubat. tp x jalan..