twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yusuf selsema gara-gara teman abah bli PC baru kat LOW YAT

Ermm...sian yusuf diserang selsema. Ni semua gara-gara teman abah dia gi beli pc baru.. Pagi tu bertolak dari Melaka kul 10, terus gi Low Yat dlm kul 12 kot.. Lama tu nak tunggu abah dia deal komponen2 PC tuh..sampai tetido yusuf. Dah la ramai orang.. Siap deal dalam kul 1 lebih ke pukul 2. Bayar deposit terus keluar Low Yat dulu coz sian yusuf.

Kami pon nak gi makan, tp terjumpa Jusco Taman Maluri, terus je la redah. Leh salin pampers n solat sekali. Tp bila masuk punya la ramai manusia.. sbb ada sale.. serabut yang amat. rasa mcm nak cepat2 keluar. kat kepala terbayang2 indahnye kesunyian di hutan ciptaan Allah... sangat2 serabut. So, sempat makan kat secret recipe je. Food court jgn kata la.. lihat pon x sanggup..hehe.. Pastu survey kasut mama tp cerewet sgt langsung malas nak pilih.. hehehe..

Pas keluar dari jusco, terus cari stesen minyak, salin lampin yusuf n solat. Dlm kul 5.30 lebih baru sampai low yat. Coki gi amik PC sorang2 coz yusuf dah tido. Sebelum balik umah singgah kedai lak. Last2 sampai umah kul 7.30. Yusuf kene selsema sbb sekejap sejuk, sekejap panas kot. Kalo dlm aircond pon x stabil suhu sbb ramai org.. Tp ape2 pon semua penyakit tu dtg nyer dari Allah.. mama dan abah doakan yusuf cepat sihat yer sayang..

p/s : Abah dah ada pc baru ni jgn asyik main FIFA 11 je tau.. mesti jaga yusuf jgk!

Yusuf dah pandai meniarap!

Kebolehupayaan yusuf di usia 4 bulan:

1) Pandai meniarap tp jap jer, pastu x larat dah..
2) Kemudian, bila dah meniarap, dia seperti mau menginjak ke depan.. tp x berjaya dan menyebabkan dia tension lalu mengamuk dan menangis.. ish2..
3) Pandai ketawa terkekeh-kekeh
4) Pandai bercakap. Rumah sekarang dah x sunyi lagi.. selalu tu dengar dia menangis je. tp sekarang dah leh dengar dia bercakap sorang2.. ntah pe2 yg dia cakap. Ada sekali tu tgh mandi dia nampak abah dia tgk tv. Yusuf tengok je abah dia sampai dia geram sgt sbb abah dia tak pandang2, lalu dia pon menjerit : aii (dengan nada suara yg kuat). bila abah dia pandang terus senyap.. hehe.. ketawa kami dibuatnya dengan gelagat dia..

Tahap kesihatan di usia 4 bulan:

1) Aritu timbang dah 8 kg
2) Mengalami cirit birit pada 8 dis 2010 aritu. tp bila dah baik terus alergik ngan susu lembu sbb dia terus berak setiap kali lepas minum susu. mcm2 susu dah bli. dah leh jadi kedai susu kat dapur tu. last2 kene bagi susu soya : isomil gak. ikutkan x nak bg susu berasaskan soya sbb ada baca kat tenet susu berasaskan soya x elok. So, kene pantau dari masa ke masa untuk bg semula dia susu lembu.
3) Mengalami angin pasang. tp dah gi berurut pada 25 dis 2010. Lepas urut ok. tp jadi balik bila dia nangis. Semalam baru menampakkan sedikit hasil. selalu tu tiap kali tukar pampers, nampak bengkak. tp semalam nampak ok jer.. kalo jadi lagi, nak gi berurut sekali lagi ujung minggu ni.. harap2 lepas ni terus ok sampai akhir hayat. aminn...... susah nak jaga anak lelaki masa kecik ni.. mcm2 pengalaman.. tp malas nak citer panjang2..heee..

Sekian....