twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Hasil checkup kali ke-3 ( 19 April 2010 )

Pagi tadi gi checkup ngan ceben.. Result untuk hari ni agak baik coz dah tak der gula dalam air kencing. Tapi berat badan naik 2kg! (Adakah baby nih kembar @ diriku yg gemok sebenarnya @ baby yg gemok??? heheh) Sepatutnya boleh naik 0.5 jer. Bulan depan baru boleh naik 2kg. Nurse tu maafkan untuk kali nih coz  berat naik terlebih tp gula dlm air kencing dah tak der.. Kalau tidak, kompem kene minum air gula. Darah pon masih kurang. Tak naik langsung. Hb Still 10.6. So, kene makan ubat iron 2x sehari. Sepatutnya nurse memang suruh makan 2x sehari pon sebelum nih.tp disebabkan kesan sampingan yang membuatkan rasa pening sgt2, jadi tak berani makan waktu bekerja. So, makan waktu malam jer.. Nurse tu kata bahaya kalo darah tak naik, nanti baby makin besar, takot makin kurang.. Then, nurse tu cek jantung baby. Ada denyutan. Laju pulak tuh.. Alhamdulillah.. Nurse tu tanya samada dah rasa lom baby tendang? Maka jawapanya adalah: Ya.. Nurse tu tanya lagi: Kuat ker dia tendang? Jawapanya: Haah.. kuat. Pastu nurse tu kata: Awalnya boleh rasa! (Dlm hati bertanya: awal ker??? heheh). Maka dengan itu, kene la cucuk ubat kancing gigi bagi mengelakkan terkene kancing gigi. Lenguh gler tangan. Tak boleh nak angkat bahu..

Memang sekarang nih dah boleh rasa baby gerak2. Kalau mama dia lapar, baby senyap jer.. tp bila dah makan, baru baby gerak2.. Kadang2 tak tau la apa dia buat kat dalam tuh.Bergolek-golek agaknya. Seronok sgt bila dapat rasa baby gerak2.Tp kadang2 kalo dia gerak masa tgh berdiri, sampai rasa nak terkucil. Terpaksa cakap ngan baby, "Baby jgn gerak2 eh"..

wrote by : siti



Hari mencari CENDOL..

Semalam, bersamaan hari Ahad, 11/4/2010 bermulalah pencarian CENDOL. Ni semua bermula bila my lovely ceben tetibe ajak makan cendol ptg tuh. Semangat bersiap sbb bayangkan cendol yang sejuk, sedap dan lemak2 manis tuh.. (meleleh air liur). Tengok la cth gmbar bawah ni :)

Cari seluruh bangi sampaila putrajaya semua DAH HABIS!!!!!!!!
argh.. sungguh TENSION + KECEWA + PENAT = NAK NANGIS!.. Punya la my ceben berusaha jgk cari sambil meredah hujan yg amat lebat semalam.. gara-gara isteri dia ni nak sgt. huhu.. cian dia.. Last2 beli aiskrim strawbery mangkuk n eskem jagung potong jer sbb dah putus asa coz dah malam. Bolehlah daripada tak de hasil langsung. Balik keje ni nak mkn la.. Smalam x sempat nak makan sbb dah ngantuk nak tdo. Hopefully ujung minggu nih dapat lah makan cendol yg diidam2kan tuh kan bang.. :)

p/s: bila la agaknya en. coki pulak yang nak update entry blog kita nih eh..??? busy sungguh.


wrote by : siti

Nak cerita sikit..

Sekarang nih baby dah 19 minggu.. tak lama lagi nak masuk 5 bulan dah.. tak sabar nak tunggu baby lahir. Nanti kalo ada rezeki, nak gi scan. Nak tau jantina baby. Harap2 baby tak sorokkan. Perut pun dah makin besar. Tak boleh sorok-sorok lagi dah. Kadang-kadang rasa tak larat nak bawak perut. Letih....... Baju blaus pun dah kene beli baru, semua dah ketat. 19 April nih kene gi checkup untuk kali ke-3 pulak. Harap2 nanti darah cukup, berat ok, air kencing  x de gula.. Amin...