twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Kehadiran Tetamu di pagi Ahad

Hari Ahad lepas, en. coki telah menjemput kawan2 ex-UM ke rumah kami. Terima kasih kepada soul&ain, meri n mamat yg sudi hadir.. Tak de pe nak dihidangkan sgt coz saya tak reti buat kuih.. heheh.. Just masak bihun jer.. Tu pun my hubby yang banyak tolong. Isteri dia kalo wat keje, kene benti kejap2 sbb asyik rasa nak pitam. Ish2.. Ini pon sbb gara-gara pnat gi shopping kat mydin masa ari sabtu tu. Mujur bli kerusi kecik masa shopping . So, setiap kali rasa nak pitam jer trus bentang kerusi. Pastu dok diam-diam.. Mujur ler org yg shopping lalu lalang kat situ wat tak tau jer.. Ada la nak dekat 3-4 kali.. Sejak pegnant ni memang tak larat shopping lama2. Lagi2 tempat ramai org.. Eh.. lari topik lak..

Ok, back to the topic again.. Tetamu undangan sampai dalam kul 9.30 pagi kot. Pas makan2, borak2 n tangkap gambar sikit oleh cik ain, mereka pon berangkat dlm kul 11.30.. Dapat la segenggam bunga hasil dari bunga yang soul&ain petik(tp dila kata kat fb diorag curi..heheh) kat majlis Alip&Mel malam tuh.. Cantik n wangi tau! Mekasih..Trus masukkan dlm botol berisi air n hias atas meja makan.. Harini pon bunga tu tak layu lagi..

Sekian..


Scan baby 2D n 4D.. ( 24 April 2010 )

Sorry, kalau merujuk pada tarikh kat atas tuh kira dah lama perkara ni berlaku.. tp sajer nak share..

Masa 24 april ni, bersamaan hari sabtu, umur baby 5 bulan dalam kandungan.. So, rasanya dah leh cek jantina dia. Tak sabar sgt masa nak tunggu hari sabtu nih.. malam pon tido tak lena coz terlalu excited nak tunggu keesokan paginya.. Pas solat subuh, trus mandi, iron baju n bersiap. Klinik Jameaton ni bukak kul 8.30. Saje nak gi awal kalo tak, takot kene tungggu lama.Lepas sarapan trus gi klinik tu..

Kitaorg decide nak scan 4D. Harganya cuma RM70 je. Murah kan. Bila dah jumpe doktor, cakap la nak scan 4D pastu nak tgk jantina baby sekali. Doc ckp kalo nak tgk jantina baby better guna 2D. Pastu doc tu bg free untuk 2D. Baik btol Dr. Jameaton ni.. Moga Allah murahkan lagi rezeki dia.. Bila dah scan 2D ngan 4D tuh, memang best lagi tgk 2D. Nampak jelas baby tu bergerak, memang cute sgt2.. Baby gerak2kan kepala dia sambil mulut dia gerak2 jgk.. Tgh makan roti canai yg mama dia makan sarapan pagi tadi kot.. heheh.. Masa scan ni, baby dah ada tulang rusuk, tulang belakang, tulang tangan, tulang kaki, tengkorak, nampak salur darah dia, perut dia (organ dalaman bb la). Jantina baby pon nampak jelas dengan 2D ni. Kalo ikut pada beberapa kali pemerhatian, nampak gayanya mcm lelaki. Tapi tak tahu la kalo tetibe keluar perempuan pulak.. Sebenarnya dah banyak kali pesan ngan baby jgn sorok. Alhamdulillah baby dengar cakap mama dia..

Masa scan 4D nih kurang jelas sikit. Nak tgk muka baby lama2 pon susah coz baby sentiasa bergerak.. Lgpon gambar 4D nih complicated sikit. Tp ada la nampak sikit mata, hidung ngan mulut dia. Tp gambar jauh sgt, jadi tak boleh nak tau baby ikut muka sape..

Lepas nih suka la abah dia belikan jersi Liverpool untuk anak dia.. Maklum la nak cari jersi abah dia susah, pakaikan untuk anak pon jadi la..heheh :p

wrote by : siti lagi..