twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Apa cerita 2013

Apa nak cerita eh.. dah masuk bulan 5 2013 tapi apa pun tak update.. heee... 

Yusuf - tahun ni dia nak masuk 3 tahun. masih pakai pampers lagi. tak tau la bila boleh tak pakai. dah pandai bgtau kalo nk buang tp still pakai lg sbb malas nak train.

yusuf dah kurang sakit. kalau dulu setiap kali dia kena selsema wajib kena astma dan ambik nebulizer. tp sekarang dia dah leh survive. alhamdulillah..

yusuf sangat suka tgk cerita ultraman. tp lepas dia tgk dia akan jadi ganas sbb dia tiru apa yg ultraman tu buat. habis bebudak kat pengasuh tu kena. mama dan abah pun kena pukul tau. So, kitaorg HARAMKAN dia tgk cerita tu. dia nangis kejap je. tp lepas dah lama dia tak tgk, dia dah jadi normal semula. dah kurang agresif memukul. Jadi kepada parents diluar sana sila pantau apa yang anak kita tengok kat tv k. 

Ada 3 cerita yang selalu dia tengok kat astro pvr - Ayam (Chicken Little)
                                                                          - Car
                                                                          - Toy Story (Kuda)
Hari-hari mama kena tengok cerita ni dari balik keje sampai tutup mata.

budak ni banyak ckp. tp kadang2 merepek jek. kalau suruh solat pun dia bg alasan ucup nk tido la, nak main game la.. mcm2.. ha..lg satu dia ni hantu tab. tab tu bli mcm mmg bli untuk dia jek. terer gler main game. kalah mama.

lg satu yusuf sgt takut kalo hujan ada bunyi guruh..ish2...

Umar - dia dah 6 bulan. baru je kena demam campak haritu. rasanya bulan 4 dan 5 ni adalah bulan sakit untuk umar. demam, selsema dan batuk. 4 hari sebelum tau umar kena campak, dia demam panas. suhu badan sentiasa 38 darjah celcius ke atas. dia sampai biru dan menggigil sebab sejuk sgt. kesian sgt tgk dia. asyik menangis terutama waktu malam. bila gi klinik, doktor cek paru2 dia banyak kahak n susah nak bernafas. sebab tu dia tak nak minum susu n mengamuk kalau baring. So, doktor suruh amik nebulizer. Pagi sekali, mlm sekali. hari ke-4 demam panas barula nmpak keluar bintik2 merah kat muka dia. dmm panas pun dah kebah. dia dah tak mengamuk lagi. selsema masih ada tp tak banyak sgt.

tp tetiba masa hari jumaat 3 mei, selsema dia tetibe dtg balik. hingus meleleh. mlm tu dia mengamuk lg. nangis tak berenti. susu tak nak, baring tak nak. kitaorg suspek dia tak leh nafas. bertahan je la mata ni menjaga dia. esok mlm pun sama. dia nangis lagi. kitaorg dah kesian tgk dia, bwk la gi klinik pukul 12 tghmlm amik nebulizer. balik tu pun dia x lena sgt tidur. Pagi hari mengundi tu awal2 pagi sebelum kul 8 kitaorg dah gi Hospital An-Nur sbb umar masih meragam lg. asyik menangis. Kami ni jgn ckp la letihnya mcmna menjaga budak yg tak leh tidur ni. Kat hospital ni TAK DER ORANG! heaven..ada pun cume 2-3 org jek. jadi tak la lama menunggu. ni semua gara2 org ramai kat tmpt mengundi..kami bgtau doc tu dia ni selsema dah 3 minggu tak baik2.. doc tu tanya ada sesiape ke asma dlm keluarga ni. ct pun ckp la ct ada. tp bila dah besar hilang. sbenarnya hilang lepas ct berurut dgn sorang makcik tukang urut waktu drjh 5 dulu (dengan izin Allah jua). tp sayangnya makcik tu dah meninggal. eh..melencong lak citer.. sambung balik.. doc tu kata maybe umar ni selsema sebab alahan. dia mungkin sensitif kepada apa-apa cth habuk dan sbgnya.. so, doc tu bagi ubat alahan. ALHAMDULILLAH lepas makn ubat tu 2 kali je selsema hilang sama sekali. magik. padahal sebelum tu mkn ubat selsema pun x jalan. Pengajaran: kita sbg ibu bapa kena sentiasa berusaha cari ubat yang sesuai untuk anak. duit jgn ckp la. mmg banyak habis sebab byk gi klinik. mula2 tak nak bg ubat kat baby tp sebab tgk dah parah sgt tu yg bagi jugak. mana tak nya siang mlm nangis tak berenti. kesian betul tgk dia. sampai berat badan pun turun.

umar dah makan. dia makan bubur nasi 3 kali sehari. kalo tak dpat, dia akan mengamuk. lapar. kalo pepagi terbangun lambat tak sempat buat bubur, terpaksa la dia mkn cerelac je.tp pengasuh kata dia mcm meragam mungkin sbb tak kenyang.

umar masih lagi baru pandai meniarap n merayap sejak dari 2 bulan sampai sekarang. belum pandai duduk n merangkak lagi. umar ni pendiam tp sgt murah senyuman... :)

Penyusuan - umar masih lagi diberi susu ibu secara esklusif (ye ker??? sbb time emergency bagi jgk susu formula. hehehehhe..) kira ct dah berjaya la dapat diploma sbb masih menyusukan umar sehingga 6 bulan. akan berusaha lagi untuk bagi dia susu ibu sampai setahun. lepas setahun, harap kuat lagi semangat nak bagi sampai setahun setengah lepas tu 2 tahun lak.. target tak leh melambung sgt. wat target sikit2 dulu. yg penting kena sentiasa motivasi diri sendiri. bukan sng nak pam ni. byk guna masa bekerja. tambahan pulak kalau kena kerja luar.Kelam kabut dibuatnya.

Ct guna pam avent manual dari lepas bersalin sampai umar 6 bulan. Ok la pam ni. byk jgk susu dapat dalam masa yang singkat. Cuma disebabkan dia ada bunyi setiap kali pam ditarik, pastu makin menjadi-jadi lak bunyi dia sekarang. kwn ct kalau masuk surau, dia dah boleh tau yg tgh pam tu ct sbb bunyi "quek2x". Mcm bunyi itik. heheheh..

So, bertambah berkobar la semngat nak bli pam elektrik lak. Sbb utama nak bli sbb ct kan kdg2 kena mengajar sistem kat agensi lain. jadi kalo pam tu berbunyi, malu la i... lgpun nak bagi reward kat diri sendiri sbb dah berjaya melepasi target 6 bulan. baru la konfiden nak bli benda mahal untuk pelaburan.

Ct suruh husband google pasal medela swing sbb dok berkenan tgk kwn pakai dia punya motor tu kecik jek n tak bisingh. sesuai utk travel mcm ct. tp husband terjumpe pulak pasal medela swing maxi. lg berbaloi sbb dia double pumping. harga pun tak mahal sgt mcm freestyle. lgpun tgh promotion sbb model baru. harga lebih kurang ngan medela swing.

28 April ct bli medela swing maxi tu secara COD sbb takot nak bli pos. takot brg x sampai atau kena tipu. nasib baik org tu dok dekat jek area umah. harga dia RM899. Kalo kat kedai tak dapat harga ni sbb dia jual pakej sekali beg. Harga RM1400++. Jauh gler beza harga. setakat beg ct dah ada. Dealer ni bli direct dari luar negara. Tu harga murah.

Kepada sesiapa yang nak jadikan medela swing kepada medela swing maxi, ct nasihatkan better jangan. sbb ct try hidupkan motor swing maxi dengan plug swing, tak hidup motor tu. maknanya voltan motor swing maxi tu guna kuasa lg kuat. jadi kalo yg swing dia doublekan pump tu takot motor tu cepat rosak sbb sentiasa kena bekerja dlm kuasa maksimum. Ni, dealer tu yg ckp. Jom tgk gambar medela swing maxi. Ambik dari tenet jek malas nak tgkap gambar.


Ok. lagi satu saje nak kongsi info, manala tau ada org google leh ker bawak susu ebm naik flight. Jawapannya, boleh. tak de masalah kalau setakat flight domestik. setakat dalam negara tak jadi masalah. ct naik MAS. kalau AIR ASIA tak tau la. Kalau flight antarabangsa maybe susah sikit.

Rumah - rumah yg kami beli tahun lepas mcm dah siap. tp maybe ada sikit2 lagi kot belum siap. tak telefon lg pemaju bila leh duduk rumah tu. Rumah ni jenis berkembar dengan keluasan 40x80. Ini kira rumah idaman siti la. siti yang beria nak beli. nasib baik la shauqi pun nak jugak. Kenapa ct suka rumah ni. Sbb yg penting rumah ni SETINGKAT. heheheh.. ct malas nak rumah dua tingkat. pastu keluasan dia pon besar sikit. Masa nak bli rumah ni siap wat solat istikarah ke solat hajat. Kalo Allah permudahkan semua urusan maka baik la ia untuk kami. tp kalo tak dapat/loan tak lulus, kira bukan rezeki la. tp alhamdulillah semuanya dipermudahkan dengan peristiwa yg secara kebetulan dan duit booking tu ada..harga booking rumah ni RM5K. Terima kasih ALLAH atas harta pinjaman ini. harap2 mampu la nak membayornyer tetiap bulan. aminnn ;)



2 comments:

jiwa sifar said...

terbaik siot rumah.

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)