twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Hai

Hai semua...

Dah lama tak update citer pasal anak kami kan.. Muhammad Yusuf.. si comel mama..
Rindu la kat dia.. rindu kat gelak tawa dia yg makin nakal tu.. gelak mcm org besar.. heheh..heheheh.. so cute!

Sekarang ni umur dia dah 1 tahun 2 bulan.. Masa birthday dia aritu just buat birthday party sesama family jer. Jemput mak mentua kajang n kakak ipar putrajaya jer.. Just simple party. Beli kek coklat kat Baker's Cottage, kuih-muih, nuget, nasi arab, satay. Banyak la jugak yusuf dapat birthday present. Antaranya, baju, mainan dan yang paling besar sekali hadiah daripada atuk n nenek dia. Basikal moden (ye ker??) ntah pe nama kenderaan tu, yg penting ada 4 roda. Happy Birthday My Dear Muhammad Yusuf. We love u soooo much!!

Yusuf sekarang dah ada 4 gigi atas n 2 gigi bawah.. dia x pandai jalan lagi. tapi menapak 2 - 3 langkah tu dah boleh. berdiri pun boleh.. panjat memang advance la.. rumah sekarang ni dah start besepah sbb dia suka main hiasan2 dlm umah. habis semua rosak. ish2..

Tetiap bulan yusuf mesti sakit. Demam, selsema n batuk.. ni pun baru je baik.. Jadi kami tekad untuk akikahkan yusuf dengan 2 bahagian lembu dengan RM460. Kami ambil akikah di Kemboja masa raya haji nanti. Lebih murah berbanding kat sini. Just bayar duit untuk 2 bahagian lembu tu je la.. Yg lain org tu settle kan.. Bukan per, shauqi kata dia penah dengar ceramah agama kata kalo anak kita selalu sakit, mungkin sebab dia tak akikah lagi. Siti pun tak tau apa kaitannya sebab dah luper citer penuhnya. Lagipun bukan x mampu, daripada duit tu abis kat tempat lain, baik akikah yusuf.. lebih afdal dan berkat sikit duit tu.. insyaallah.. Hopefully lepas ni yusuf boleh membesar dengan sihat dan kuat!

Lagi satu perkara yang mengejutkan mama n abah iailah anak mama comel ni dah pandai solat. Syukur.. Moga jadi anak yang soleh bila dah besar ye sayang.. Bulan oktober aritu lepas abah dia solat, masa tu mama n abah sebut Allah hu akbar terus je si yusuf ni cium lantai. Kami pelik jugak apa lah yg dia buat tu.. Pastu kami sebut lagi, dia cium lantai lagi.. Rupa-rupanya dia sujud.. Pandainya anak mama... Comel sgt! Siap kami ambil video.. Mungkin sebab dia selalu tengok mama n abah dia solat pastu dia ikut.. Maknanya anak-anak ni membesar dengan apa yang selalu dia tengok depan mata.. Jadi kalau nak anak yg baik, kita mesti tunjuk contoh yang baik.. Lagi satu dia dah paham apa yg kita cakap, contohnya, bila siti nak solat, siti akan pegang muka dia dan pandang mata dia sambil pesan, yusuf..mama nak solat, jangan kacau mama ye.. Alhamdulillah.. memang dia tak kacau sampai siti abis solat.. Dia duduk je kat tepi tu.. Sebelum ni, panjat sana sini.. Susah betul..

Dalam banyak2 mainan, yusuf paling suka buku.. So, kalau balik kg, memang x bawak mainan lain kecuali buku.. Hari2 siti ajar dia abc n 123 n alif ba ta bila time free2.. Dia leh mengadap buku tu dlm 1 jam la.. kdg2 asyik nak suruh baca buku tu. bebuih la mulut bacakan untuk dia.. kalo tak layan nanti dia mengamuk..ish2.. Dia dah boleh la sebut abcde, itupun ikut mood dia.. Kalo jejalan nampak sign board besar2 tu dia akan sebut C. hihi.. Kalo bukak buku jawi dia sebut TA. hihi.. ingat konsonen yg ke-3 je.. Ada satu masa tu dia suka sgt dgn buku buah-buahan..muka surat yg sama lak tuh.. bosan mama kene baca untuk dia.. Masa balik kg aritu dia nampak buku terus dia sebut "bOOk". sepatutnya kita sebut "Buuk" walaupun ejaan "BOOK". Baku betul.. kelakar bila dengar.hahah... yusuf..yusuf..

Ok la.. dah panjang ni.. nanti kiter citer lagi eh..

1 comments:

Unknown said...

wah dah 6 gigi... si auni takat 4 tu je dari umur 9 bulan. gigi kapak je ada. lambat tul yg lelain nak kuar. hehehe..

tak lama lagi pandai la yusuf tu mengomel.. tak terlayan dibueknye. heheh