twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Pengalaman bersalin

Sebenarnya dah draf citer kat bawah ni aritu sementara tunggu coki sampai ofis, tp x sempat lak nak abiskan citer. so, simpan dulu.. ni baru nak sambung citer.. jom baca!!!

Pengalaman bersalin

19/08/10 - Khamis - 1.10am

Masa tengah tidur, dalam kul 1.10 pagi, tetibe rasa mcm ada sesuatu pecah/meletup. So, terus bangun sbb dapat agak mcm air ketuban nak pecah. Bila masuk bilik air je, terus air ketuban mengalir dengan deras. pastu ada nampak satu lendir mcm gam/ kahak hijau2 kuning kat lantai. sgt takot masa nih smpai ketar kaki. Tp sempat lagi mandi coz dlm hati pikir takot nak beranak nanti x de tenaga, so kasi fresh sikit. Bila dah bersiap terus gerak gi Hospital Serdang. Air ketuban still keluar laju sampai basah kain batik. Sampai2 trus kene tukar baju n pastu doc cek jalan. tp belum terbuka langsung n x rasa sakit pun. Then dia letak alat pengesan jantung baby. Bila dah siap terus dia bawak masuk wad. So, duduk la kat wad tu dengan relax2 je sambil leh senyum2 n mkn lagi. Ct ingatkan kalo dah keluar air ketuban terus deliver, tp x semestinya.. Ok la kat Hospital Serdang nih. agak selesa n makan pon ok. Masa dok kat wad sempatla berkenalan ngan 3 penghuni yang lain dengan kes masing2. Rupanya mcm2 masalah org mengandung nih. Alhamdulillah ct ok. Pastu ada lak budak practikal sempat interview. tp x pela, coz boring gler dok hospital.

Disebabkan ct x sakit2 jugak tghari tuh, so abah+abah mentua suruh minum air selusuh. sebenarnya ct x nak minum takot nanti sakit. lgpun org kata masa nak bersalin baru minum kalo x, nanti x bersalin lg tp dah sakit sgt2. tp x pela, takot dikatakan degil, maka minumla jugak. Sampaila maghrib langsung x de rasa sakit lagi. Masa nih air ketuban dah kurang keluar n ada darah sikit. Nurse suruh cek selalu air ketuban tu. Kalo ada warna ijau2 terus bgtau. Dia takot air ketuban tu kotor dengan najis baby n nanti bb tertelan.

Then tetibe dlm kul 8 dah start rasa sakit.tu pun sikit2 je. Coki kata diaorg wat solat hajat untuk ct. Mungkin berkat solat hajat tuh ct start rasa sakit. Duduk hospital lama2 pon bosan. Then pukul 10 mlm dah start sakit sgt2 rasa mcm nak mati je.(walaupun ayat 'mati' tu kasar tp itulah hakikatnya!) contraction dtg every 5 minutes. bayangkan betapa sakitnya sampai terfikir fobia nak mengandung lagi.cukuplah yang ni je.dahla masa sakit tu sorang2 je. coki x boleh masuk kalo bukan waktu melawat. tp coki mintak masuk jugak. tp leh 15 min je. lega sikit bila coki ada boleh pgg tgn dia bg kekuatan. Sakitnya memang x boleh diungkap dengan kata2. SAKIT SGT!!! sakit tuh merentap2 perut n pinggang. mereng sakit, semua posisi lah x boleh melegakan sakit tuh. hanya mampu menahan dengan ketap bibir je. penghuni bilik tu yang lain semua dah tidur. so, kene senyap je la tahan sakit sampai berpeluh2 n terketar2. Dah x tahan mcm ni, so tekanlah loceng untuk panggil nurse.bila cek bukaan baru 1cm. Ya Allah, sakit mcm nih baru 1cm je. mcmna nak tahan sampai 10cm?????? (byk sikit tanda soal supaya korang cube feel apa yg ct rasa) Nurse ada tanya, awak ada minum air selusuh ke? ct ckp la ada. pastu kene la marah. Nurse tu kata patotla awak sakit sgt. Nurse tu kata dia x leh cek jalan selalu takot masuk kuman. then after 2-3 jam tekan loceng lagi coz dah x tahan.cek lagi, baru 2cm. Baru 2cm dari tadi???!!! Lambatnya!!! Disebabkan nurse tu kesian tgk ct menahan sakit, so dia tolong bg jalan bukak cepat sikit. n sumbat ubat bagi berak.Preparation b4 deliver. Nurse tu bgtau, selagi bukaan belum 3@5cm, dia x leh bg ct masuk labour room. Sampaila pukul 2.30 pagi dah x tahan sgt2. rasa mcm ada satu tekanan kat bawah tu. rasa mcm nak teran. so, gi la masuk toilet nak buang air sambil tu teran2 sikit sbb bila teran rasa lega sakit tuh. pastu tgk kat pad ada darah sikit. apalagi terus tekan loceng lagi panggil nurse. Semua kejadian nih sorang2 je. Org lain langsung x sedar apa yg terjadi kat ct. Malam tuh ct rasa mcm setahun. Terseksa sgt. Kali nih nurse lain lak yg dtg. Agaknya nurse sebelum nih dh menyampah sbb ct asyik tekan loceng kot. heheh..cek bukaan dah 3@4 kot.baru la boleh bawak masuk labour room. Nurse suruh siapkan brg baby n panggil husband. Then dlm keadaan separuh sedar sbb menahan sakit kemas la brg bb n tepon coki suruh tunggu kat labour room. Masa tuh nak berdiri pon dah x larat. Sakit sgt. Bila dah siap, nurse bwk ke labour room dgn wheelchair. Nasib baik la naik wheelchair, kalo x terpaksala merangkak agaknya.. heheheh

20/08/10 - Jumaat - 2.55am

Dah sampai labour room. nurse siapkan semua. x taula apa dia buat coz dah mamai sgt2, keletihan n dahaga. Nurse terus cek jln. Kali ni dah 6@7cm. Cepat pulak! Bagusla, alhamdulillah.. So, kene la tunggu lagi. Tp nurse tu baru nak kuar sbb nak panggil husband dah panggil dia semula kata dah x tahan. Pastu dia ajar cara nak teran n sedut gas kalo sakit. Lega sikit sakit tuh. Masa dia ajar teran tu, dia guna perkataan berak bukan teran. So, masa first dia ajar, dia sebut.. ok berak.. Dlm hati kata, bia betul suruh berak??? Betul ke?? Tp, nasib baik i ni bijak, x berak tp just teran je.(masuk bakul angkat sendiri..:P)Then kalo betul cara kita teran, nurse tu puji, ok..pandai..Pujian ni amat berkesan utk tambah semangat tau. Pastu dia panggil husband. Coki pon masuk. Coki berdiri kat kepala. Nurse tu kuar lagi nak uruskan apa ntah. Tp x lama pastu ct rasa nak teran lagi, terus tekan loceng n kata kat husband dah x tahan sgt nak teran. Nurse pon masuk 2 org. Pastu nurse suruh teran lagi sekuat hati letak tgn kat kaki n angkat kepala. Leganya dpt teran. Ingatkan dia nak ajar je. Rupanya betul2 suruh deliver. Itupun tau masa coki kata "Yang, cepat yang dah nampak kepala dia" La, dah suruh beranak betul2 ker. x tau pon. sambil berkata dlm hati.. Masa tuh terus la teran lagi dengan sekuat hati sampai habis suara n tenaga. Memang habis tenaga masa nih. Smpai rasa nak surrender, tp kuatkan hati demi anak tersayang.. Dia gunting kat bawah pon dah x rasa langsung coz lg sakit nak beranak n sibuk nak teran. 3@4 kali teran, akhirnya alhamdulillah lahirla anak kesayangan kami tepat jam 3.42 pagi..nurse terus letak bb kat dada. saat ni lah PALING BAHAGIA n x dpt lupakan coz hilang semua sakit n bb yg kuar2 terus nangis, bila letak kat dada terus senyap. pastu coki azankan ditelinga kanan, pastu iqamat telinga kiri. abis je iqamat terus bb palingkan sendiri kepala dia. terkejut gak masa nih coz x sangka bb ni kuat betul leh siap palingkan kepala sendiri walaupon baru je kuar. Pastu nurse amik bb n suruh kita tgk n ckp apa jantina dia.. Maka dlm keadaan mata yg samar2, mamai jwbla "Lelaki....." (sila baca dlm intonasi org mls n x makan setahun ok). Pastu dia bawak kuar bb n coki pon kuar. Masa nih dia kuarkan uri dengan suruh kita batuk ke berdehem. x ingat.. Bila uri dah kuar, nurse cucuk ubat bius n jahit. Masa mula2 jahit x sakit tp dah lama2 sakit. Boleh rasa dia cucuk jarum tuh n rasa benang ditarik. Kakak ct kata dia cuma bius lapisan dlm sbb tu masa dia jahit lapisan luar kita sakit. Biar kat luar cepat baik. Lama jgk la dia jahit. Dia kata kene jahit byk coz ct terangkat punggung masa teran. Bila dah siap, dia biarkan kita dlm labour room tu n pasang ubat kecutkan rahim. Terus tdo..dah lemah sgt..

Ok la.. nak pi solat nih.. nanti kita sambung lagi eh dengan byk lagi dugaan dan cabaran melahirkan anak.. babai... :)

Mai tgk gmbar wallpaper desktop ct. Sja buat tatapan semua..